Sunday, November 6, 2011

CINTA & PENGORBANAN.....Terpisah atau Terpatri ?

 
     Aidil Adha yang sinonim dengan istilah Hari Raya Korban ini diraikan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu, tetapi juga mempunyai kaitan rapat dengan sesuatu peristiwa agung yang berlaku pada tahun yang ke-9 hijrah.

     Perayaan rentetan peristiwa Khalilullah Nabi Ibrahim AS ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban yang merupakan kemuncak takwa kepada Allah Taala. Asalnya ibadah ini dimulakan sejak kurun abad lalu oleh Nabi Ibrahim AS ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia kerana walau sehebat mana manusia itu,tidak kan tergamak mahu membunuh anak kesayangannya yang diperoleh ketika usia yang lanjut. Tetapi atas rasa cinta & patuh pada Rabbul Jalil, Nabi Ibrahim bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar dalam menurut perintah Ilahi. 

" Maka tak kala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : " Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi ku bahawa aku akan menyembelih mu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? anaknya menjawab : " Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insaya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar ". 
( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)

 

Sungguh iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia dan juga asas penerimaan sesuatu amalan daripada Allah. 

     Kisah pengorbanan teragung itu tidak hanya tenggelam dalam lipatan sejarah, malah ianya dihayati sepanjang zaman dalam menegakkan agama yang Haq. Antaranya termasuklah pengorbanan kekasih Allah,Nabi SAW dan para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam. Bukan sahaja harta benda,kewangan,keluarga dan paling utama,nyawa sanggup mereka pertaruhkan dalam melindungi agama Allah,menunjukkan betapa hebat pengorbanan yang dilakukan golongan terdahulu yang tidak ternilai harganya di sisi  manusia,atas satu alasan yang sama,CINTA PADA ALLAH.

Betapa hebatnya tarbiah Allah terhadap hamba-hamba yang dikasihi-NYA.

Sabda Nabi s.a.w. semasa menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda : 

" Ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. : " Siapakah manusia yang lebih utama ? " maka jawab Rasulullah s.a.w. orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri, Mereka berkata : siapa kemudian ? bersabda Rasulullah s.a.w. orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan " 
( Hadis Riwayat Bukhari ) 

Di saat Saidina Abu Bakar r.a. mengorbankan semua hartanya digunakan dalam peperangan sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya : 

" Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluarga kamu? " jawab Abu Bakar :

" aku tinggalkan buat mereka Allah dan Rasul-Nya " . 

Bukanlah diertikan sebagai pengorbanan, 
jika dipertaruhkan sesuatu yang langsung tiada nilainya.
Begitulah diajarkan dalam Islam akan makna sebenar pengorbanan itu,

 Firman Allah s.w.t. :


وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَـوَتُ وَالاٌّرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِين
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ وَالْكَـظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَـفِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِي

"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertakwa. iaitu orang-orang yang menderma hartanya pada masa senang dan susah ،dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik ". 
( Surah ali - Imran : 133-134 ) 

Pengabdian CINTA dengan pengorbanan.
Jika kasih kita kepada manusia sehingga sanggup merentasi tujuh lautan,
maka di mana nilai CINTA pada SANG PENCIPTA jika bukan melalui pengorbanan?
 

Tiada cinta kan terukir 
andai pengorbanan tidak kan hadir.
Salam Aidil Adha
1432 Hijrah.

No comments:

Post a Comment